May 2011 - To Travel is to Live

Wednesday, May 25, 2011

Bercuti di Kuching,Sarawak
May 25, 20110 Comments





Taman ini terletak kira-kira 20 km (dengan menggunakan jalan darat) dari bandaraya Kuching. Risalah mengenai Taman Negara Kubah boleh didapati dari Pusat Penerangan Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching.
Taman ini merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar di mana sebahagian besarnya diliputi oleh dataran tinggi batu pasir yang termasuk Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok. Dengan ketinggian di antara 150 - 450 meter, dataran ini diselang-selikan lagi dengan terbentuknya batu kapur yang telah keras menjadi air terjun yang cantik.
Taman yang sebahagian besarnya terdiri daripada hutan semulajadi ini, mempunyai lima jenis tumbuhan utama iaitu, hutan lanar, hutan campuran tanah rendah ‘dipterocarp’, hutan kerangas (kesihatan), hutan ‘submont’ dan hutan sekunder. Hutan yang kaya ini, dengan lokasinya terletak berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakaunya serta ciri-ciri semulajadinya yang lain, memastikan bahawa Kubah adalah habitat untuk pelbagai jenis hidupan liar termasuk babi hutan, kenyalang hitam, pelanduk, tupai dan pelbagai spesies amfibia dan reptilia. Ia juga kaya dengan pokok palma dan orkidnya.






Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching. Untuk melawat, permit hendaklah diperolehi dari :
Pejabat Tempahan Taman Negara (Kuching) Pusat Maklumat Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching : Tel: 082 - 248088 Fax: 082 - 256031
Pusat ini adalah sebahagian daripada tempat-tempat lain yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Semenggoh seperti Pusat Bio Semenggoh, Pusat Botanikal, Tapak Semaian, Bank Benih, Pusat Herba Etnobatani serta Taman Paku-pakis dan Orkid. Semua ini terbuka kepada semua orang awam.
Pada masa ini, kemasukan adalah percuma. Waktu melawat adalah dari pukul 0830 pg-1200 tgh dan 1400 ptg-1600 ptg setiap hari
Pusat ini tidak mempunyai kantin. Para pelawat yang datang adalah digalakkan untuk membawa makanan sendiri dengan syarat mereka tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat. Peraturan-peraturan ini hendaklah diikuti untuk melindungi Taman. Pelawat adalah dinasihatkan agar tidak berteriak di persekitaran taman dan mengambil gambar dengan menggunakan kamera yang mempunyai pancaran cahaya adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan binatang- binatang di situ daripada tercedera.
Reading Time:

@way2themes