July 16, 2013
BY Faezah0
Comments
Tuesday, July 16, 2013
July 16, 2013
BY Faezah0
Comments
July 16, 2013
BY Faezah0
Comments
Singgah makan Nasi Padang di Rumah Lamun Ombak,Padang
MARTABAK ( APAM BALIK ) |
LAUK NASI PADANG |
JUS SIRSAK NAGA { DURIAN BELANDA & BUAH NAGA } |
Singgah di Air Terjun Lembah Anai
Lembah Anai merupakan deretan tebing curam yang terletak di Padang Panjang, yang membentang di samping jalan utama antara Kota Padang dengan Bukittinggi di Indonesia.
Salah satu keindahan Lembah Anai adalah air terjun yang terletak persis
di pinggir jalan. Air terjun ini terletak di tepi jalan berhampiran
dengan jambatan dan landasan kereta api lama yang tidak lagi digunakan.
Pelancong yang mendarat di Bandar udara Minangkabau dan hendak menuju ke Bukit Tinggi akan dapat menyaksikan keindahan air terjun Lembah Anai di pertengahan jalan.
Singgah shopping di Butik Saisuak
Singgah di Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau
Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau terletak di Padang Panjang,Sumatera Barat,Indonesia. Penduduk Sumatera khususnya Padang Panjang mengamalkan adat budaya Minangkabau. Luas Padang Panjang ialah 23 km² dan populasi 45.000 orang.
Singgah shopping di Butik Putri Minang
SINGGAH DI NGARAI SIANOK
Ngarai Sianok adalah sebuah lembah curam (jurang) yang terletak di sempadan bandar Bukittinggi, di kecamatan IV Koto, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Lembah ini memanjang dan berliku sebagai garis batas kota dari selatan ngarai Koto Gadang sampai ke nagari Sianok Anam Suku, dan berakhir di kecamatan Palupuh. Ngarai Sianok mempunyai pemandangan yang sangat indah dan juga menjadi salah satu objek wisata andalan wilayah.
Ngarai Sianok yang dalam jurangnya sekitar 100 m ini, membentang sepanjang 15 km dengan lebar sekitar 200 m, dan merupakan sebahagian daripada patahan yang memisahkan pulau Sumatera menjadi dua bahagian memanjang (patahan Semangko). Patahan ini membentuk dinding yang curam, bahkan tegak lurus dan membentuk lembah yang hijau-hasil dari gerakan turun kulit bumi (sinklinal)-yang dialiri Batang Sianok (batang bermakna sungai, dalam bahasa Minangkabau) yang airnya jernih. Di zaman kolonial Belanda, jurang ini disebut juga sebagai karbouwengat atau kerbau sanget, kerana banyaknya kerbau liar yang hidup bebas di dasar ngarai ini.
Batang Sianok kini boleh diharungi dengan menggunakan kano dan kayak yang disaranai oleh suatu organisasi sukan air "Qurays". Laluan yang ditempuh adalah dari nagari Lambah sampai jorong Sitingkai nagari Palupuh selama kira-kira 3.5 jam. Di tepiannya masih banyak dijumpai tumbuhan langka seperti rafflesia dan tumbuhan ubat-ubatan. Fauna yang dijumpai misalnya monyet ekor panjang, siamang, simpai, rusa, babi hutan, harimau bintang, dan juga tapir.
SINGGAH DI LOBANG JEPANG
Lubang Jepun Bukittinggi adalah salah satu objek wisata sejarah yang ada di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Lubang Jepun merupakan sebuah terowong (bunker) perlindungan yang dibina tentera pendudukan Jepun sekitar tahun 1942 untuk kepentingan pertahanan.
BERMALAM DI NIKITA HOTEL BUKIT TINGGI
MAKAN MALAM DI WARUNG DJA DJAN
JUS ALPUKAT (AVOCADO) SGT SEDAPPPPP |
AKTIVITI MALAM