Bahan-bahan ( 300-400 keping )
- 2 cwn butter
- 2 cwn gula perang
- 2 cwn gula halus
- 5 cwn oatmeal (disukat dan dikisar halus)
- 4 cwn tepung gandum
- 2 tsp soda bikarbonat
- 2 tsp baking powder
- 1 tsp garam
- 4 biji telur
- 2 tsp esen vanilla
- 24 oz chocolate chips
- 1 (8oz) chocolate bar (diparut)
- 3 cwn kacang campuran dicincang (jenis ikut pilihan masing2)
Cara-cara
- Pukul butter dan kedua-dua gula hingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul adunan hingga sebati. Masukkan esen vanila.
- Kemudian, campurkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam (ayak semua bahan ini bersama2) sedikit demi sedikit.
- Masukkan pula oat yang dikisar, kacang yang dicincang, choc chips n chocolate yang diparut.
- Sebatikan adunan, jangan uli adunan terlalu lama kerana haba dari tangan akan merosakkan adunan.
- Simpan adunan paling kurang 1 jam di dalam peti sejuk. Setelah itu bentukkan adunan (boleh guna sudu atau pun bulat2 mcm kaedah nak buat jemput2 pisang tu).
- Bakar dalam oven pada suhu 170-180 deg Celcius selama 15 min atau sehingga masak. Sejukkan di atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- Happy Baking!!
Subscribe
For New Post Notifications
No comments:
Post a Comment