Jom minum teh hijau~ - To Travel is to Live

Thursday, December 8, 2011

Jom minum teh hijau~

Tahukah anda, teh hijau mempunyai sejuta khasiat yang mampu mencegah datangnya penyakit?
Teh hijau mengandungi sebatian bioaktif polifenol yang menimbulkan reaksi rileks dan selesa bagi tubuh. Komponen berfungsi yang bertanggung jawab atas terciptanya suasana itu adalah L-teanin.
L-teanin adalah gugus asid amino yang boleh menimbulkan suasana enak (umami atau savory) yang hanya terdapat pada tanaman teh. Sebatian ini merupakan kandungan dominan teh iaitu sebanyak 50 peratus daripada jumlah keseluruhan asid amino bebas. Kadarnya pada daun teh mencapai 1-2 peratus berat kering. L-teanin tergolong senyawa yang mudah diserap oleh usus, tepatnya di saluran intestinal, yang selanjutnya mengalir ke otak. Pemberian teanin ke dalam sriatum otak melalui mikroinjeksi menyebabkan peningkatan pelepasan domain. Disini teanin berinteraksi dengan neurotransmitter. Pelepasan neurotransmitter inilah yang menimbulkan perasaan senang dan memperbaiki suasana hati.


Selain mencipta suasana rileks, teh hijau juga berkhasiat untuk membantu membakar lemak, mencegah penyakit jantung, menurunkan tekanan darah, dan melindungi diri dari diabetes dan hepatitis. Teh hijau juga berfungsi untuk mencegah keracunan makanan dan mencegah nafas tak sedap serta meningkatkan kekebalan. Ia juga bermanfaat untuk mengelak daripada kehilangan massa tulang, gigi berlubang dan alergi.
Agar khasiat lebih terasa, dianjurkan untuk menyeduh daun teh hijau dengan air panas (bukan air mendidih), dan biarkan daun terendam selama 1-5 minit. Jangan menambah susu pada ramuannya kerana protein susu dapat menetralisir kandungan polifenol (sebagai antioksidan).
Harus diingat, walaupun mempunyai banyak khasiat teh hijau juga mengandungi kafein yang apabila diambil secara berlebihan boleh menyebabkan imsomnia (gangguan tidur), kecemasan, dan ketidakaturan degupan jantung. Ingat, terjadi hanya jika diambil secara berlebihan. Kandungan kafein pada teh tetap lebih rendah berbanding dengan kopi dan minuman bersoda


No comments:

@way2themes